etc. black Mastercard
HELAIAN PENERANGAN PRODUK
Lihat dalam ENGLISH
SILA BACA HELAIAN PENERANGAN PRODUK INI SEBELUM ANDA PUTUSKAN UNTUK MELANGGAN MANA-MANA KAD PRABAYAR MASTERCARD ETC. SILA PASTIKAN ANDA JUGA MEMBACA TERMA DAN SYARAT KAD PRABAYAR MASTERCARD ETC. SEBELUM MENGAMBIL PRODUK TERSEBUT KERANA ANDA AKAN TERTAKHLUK KEPADA TERMA DAN SYARAT. SEKIRANYA TERDAPAT SEBARANG PERCANGGAHAN ANTARA HELAIAN PENERANGAN PRODUK INI DAN TERJEMAHANNYA DALAM MANA-MANA BAHASA LAIN, VERSI BAHASA INGGERIS HELAIAN PRODUK INI AKAN MENGGANTIKAN DAN MENGATASI MANA-MANA BAHASA LAIN.
1. Apakah produk ini?
Kad Prabayar Mastercard etc. (“Kad”) ialah kad pembayaran dan kad gaji. Produk ini menekankan kebolehcapaian kewangan dengan gaya hidup pembayaran digital masa hadapan di mana pengguna boleh mengakses akaun mereka melalui dompet etc. untuk melakukan pembayaran bil, pemindahan wang dalam talian, penyelenggaraan akaun, semakan baki, sejarah transaksi dan tambah nilai. Produk ini ditujukan untuk individu termasuk warga asing yang tidak mempunyai akaun bank.
2. Apakah ciri-ciri Kad ini?
3. Bagaimana untuk mengaktifkan Kad Prabayar Mastercard etc. dan bila saya boleh menggunakan Kad Prabayar Mastercard etc. saya?
Sebaik sahaja anda menerima Kad Prabayar Mastercard etc., anda dikehendaki mengaktifkan Kad dengan mendaftar melalui aplikasi e-dompet etc. kami (tersedia di Google Play, Apple App Store dan Galeri Aplikasi Huawei). Anda boleh mula menggunakan Kad dengan had awal dompet RM200 sebaik sahaja proses pengaktifan selesai. Setelah kami menyemak dan meluluskan permohonan anda, had dompet anda akan dinaikkan kepada RM10,000.
4. Apakah yuran dan caj yang perlu saya bayar?
Yuran dan caj yang dikenakan ke atas Kad Prabayar CIDB Bayo adalah seperti jadual di bawah:
Jenis Yuran dan Caj | Yuran dan Caj (RM) | |
---|---|---|
Yuran Kad | RM25.00 setiap kad | |
Yuran Tambah Nilai |
|
Tiada caj |
Yuran Pengeluaran Tunai ATM (melalui rangkaian Mastercard membolehkan ATM) |
|
RM1.00 setiap transaksi |
|
RM10.00 setiap transaksi | |
Yuran Penyelenggaraan | RM10.00 setahun (Dikenakan bayaran jika tiada transaksi untuk tahun tersebut) | |
Yuran Penggantian Kad | RM15.00 setiap kad (Tidak terpakai untuk penipuan/pemalsuan) | |
Yuran Penukaran Mata Wang (untuk pembelian/pengeluaran dalam mata wang asing) | 1% + caj rangkaian | |
Yuran Transaksi Rentas Sempadan (untuk pembelian melalui peniaga di luar Malaysia tetapi dicaj dalam Ringgit Malaysia) | 0.5% + caj rangkaian | |
Yuran Pengambilan Draf Jualan | RM15.00 per sale draft | |
Salinan cetak Yuran Pengambilan Penyata | RM5.00 setiap dokumen | |
Yuran Pemberitahuan SMS (SMS dihantar seperti yang diminta oleh pelanggan) | RM0.20 setiap SMS |
5. Apakah syarat utama produk ini?
**Penting: Sila baca Terma and Syarat produk yang lengkap yang mengawal penggunaan Kad termasuk kewajipan anda sebelum anda memohon Kad.
6. Apakah risiko-risiko utama?
Jika Kad anda hilang atau dicuri atau anda mengesyaki bahawa anda telah menjadi mangsa kepada transaksi yang tidak dibenarkan, anda mesti segera menyekat Kad Prabayar Mastercard etc. anda melalui aplikasi dompet etc. atau menghubungi Khidmat Pelanggan Bayo ditalian +603-7621 5151 yang beroperasi jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang dari hari Isnin hingga Jumaat (ditutup pada Cuti Umum, Sabtu, dan Ahad).
Sila ambil maklum bahawa kami hanya boleh menyahaktifkan Kad Prabayar Mastercard etc. apabila menerima notis kehilangan atau kecurian yang sewajarnya dan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kerosakan dan transaksi yang tidak dibenarkan. Walaupun kami akan mencuba sebaik mungkin untuk membantu anda, kami tidak bertanggungjawab untuk melayan sebarang pertikaian yang difailkan selepas empat belas (14) hari perniagaan dari tarikh transaksi atau tarikh pembayaran dihantar.
7. Bagaimana untuk mendapatkan kad gantian? Adakah baki sedia ada saya akan dipindahkan ke kad gantian saya?
Untuk memohon kad gantian, anda boleh menghubungi Khidmat Pelanggan kami di talian +603-7621 5151 atau hantarkan e-mel ke support@bayo.my. Proses penggantian mungkin akan mengambil masa sehingga 10 hari bekerja. Baki sedia ada anda akan dipindahkan ke kad gantian anda dalam masa 5 hari bekerja dari tarikh kad gantian anda dikeluarkan.
8. Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Kad?
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di https://etc.bayo.my/ Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Khidmat Pelanggan Bayo di talian +603-7621 5151 yang beroperasi jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang dari hari Isnin hingga Jumaat (ditutup pada Cuti Umum, Sabtu, dan Ahad).
Versi: 01/2023
Semakan Semula: 3 Mac 2023