Platform

Pembayaran

Gaji Bayo

Akses Platform Gaji Untuk Semua Majikan / Syarikat Berdaftar Dengan SSM

Platform pembayaran gaji yang direka untuk majikan/syarikat untuk pembayaran gaji. Ia mudah, percuma dan mesra pengguna!

TANPA KOS!

Platform Pembayaran Gaji Bayo untuk Pengurusan Penggajian

Platform pengurusan penggajian yang dibangunkan oleh Bayo untuk semua syarikat pembinaan/majikan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (“SSM”) untuk penggunaan pengkreditan gaji kepada pekerja terutamanya pekerja-pekerja asing. Melalui platform ini, gaji dikreditkan kepada Kad etc.CLAB pekerja.


Percuma untuk semua syarikat berdaftar dengan SSM! Berminat? Klik ‘Daftar Sekarang!’

Pendaftaran Majikan
Terjamin
Pengkreditan Gaji
Pengurusan Penggajian
Pengasingan Peranan
Percuma Dan Mudah Digunakan

Pendaftaran Majikan

  • Proses ini membolehkan syarikat mendaftar dengan Platform Pembayaran Gaji Bayo dan menyerahkan dokumen yang diperlukan untuk tujuan pengesahan.


  • Selepas pendaftaran berjaya, majikan akan dimaklumkan melalui e-mel dengan kelulusan untuk mengakses Platform Pembayaran Gaji Bayo bagi menguruskan pembayaran gaji kepada semua pekerja.

Mewujudkan Peranan

  • Fungsi ini membolehkan majikan/syarikat mewujudkan peranan ‘Maker’ dan ‘Checker’ untuk pengasingan tugas dan pengurusan risiko dan kawalan.

Pengkreditan Gaji

  • Pemindahan dana dilakukan dengan selamat melalui FPX selepas kelulusan yang diperlukan daripada ‘Checker’ syarikat.


  • Apabila berjaya, gaji akan dikreditkan ke dalam Kad etc.CLAB pekerja.


  • Pekerja akan dapat mengakses gaji mereka melalui Dompet etc.CLAB dan Portal etc.CLAB dan boleh terus membuat transaksi dalam talian. Pekerja juga boleh membuat pengeluaran tunai di mana-mana mesin ATM yang menerima kad pembayaran Mastercard secara global.

Platform Pembayaran Gaji Bayo Untuk Kemudahan Syarikat Dalam Industri Pembinaan


  • Proses pendaftaran yang mudah untuk majikan
  • Penyelesaian kos yang efektif
  • Majikan tidak lagi perlu membuka akaun bank untuk pekerja asing
  • Percuma untuk digunakan
  • Menghapuskan kos dan isu yang berkaitan dengan pengendalian tunai untuk majikan terutamanya yang tidak mempunyai akaun bank
  • Pengurusan gaji yang lebih baik untuk syarikat pembinaan
  • Akses cepat dan mudah kepada gaji untuk pekerja 24/7